Pengunjung kotorkan Berkelah
Oleh Mohd Rafi Mamat
2011/12/14
KUANTAN: Ketiadaan kesedaran sivik pengunjung untuk menjaga kebersihan bukan saja menjejaskan keindahan alam sekitar, malah menyumbang kepada penyakit berjangkit.
Pengunjung sering membuang sampah di merata tempat walaupun disediakan tong dan tempat pelupusan bahan kitar semula.
Kerajaan negeri dan pihak berkuasa tempatan (PBT) juga terpaksa membelanjakan peruntukan besar untuk membersih dan melupuskan timbunan sampah dan ia akan memakan masa lama.
Namun, atas dasar prihatin dan menyedari pentingnya usaha menjaga kebersihan di kawasan perkelahan air terjun, tampil badan bukan kerajaan (NGO), Waterfall Survivors untuk membantu mendidik masyarakat supaya prihatin mengenai kebersihan.
Pencinta alam sekitar, Osman Muhamad, berkata kesedaran orang ramai penting demi menjaga kebersihan kawasan perkelahan supaya tidak terus tercemar.
“Tanpa kesedaran masyarakat usaha menjaga kebersihan tidak mungkin berjaya walaupun pelbagai usaha dilakukan agensi kerajaan dan NGO,” katanya yang bertugas lebih 20 tahun dengan Jabatan Perhutanan Negeri.
Beliau berkata demikian pada program Selamatkan Air Terjun anjuran Waterfall Survivors di Hutan Lipur Berkelah, dekat sini.
Program dengan kerjasama Kementerian Pelancongan Malaysia Pahang dan Jabatan Perhutanan Negeri disertai lebih 160 peserta terdiri dari pelajar sekolah, penuntut institut pengajian tinggi (IPT), penduduk setempat dan pengunjung pusat perkelahan itu.
Sementara itu, Jurucakap Waterfall Survivors, Royyie Lim, berkata pihaknya berjaya mengumpul lebih satu tan sampah seperti botol, plastik, pakaian, bekas makanan dan tin minuman yang dilonggokkan di tujuh tingkat kawasan air terjun. Katanya, peserta berjalan lebih dua kilometer sambil mendaki bukit berbatu yang licin bagi memungut sampah.
"We do not inherit the earth from our ancestors; we borrow it from our children." -Haida Proverb Waterfalls are beautiful but extremely DANGEROUS. Only attempt with experience guides.Take Nothing but photographs, Leave Nothing but Footprints
Tweet